Perlindungan Takaful

RCB adalah Ejen Korporat kepada Operator Takaful utama di Malaysia dengan menawarkan produk & perkhidmatan takaful

Takaful & Perkhidmatan Korporat

Rural Capital Berhad (RCB) merupakan Ejen Korporat yang berdaftar dengan Syarikat Takaful utama di Malaysia dan bekerjasama dengan Broker Insurans serta Firma Pengurusan Risiko dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan. RCB juga menyediakan perkhidmatan carian kredit melalui sistem Experian dan stamping LHDN.

RCB merupakan Wakil Korporat kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi perlindungan Takaful produk pembiayaan perniagaan MARA iaitu Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM), pelajar-pelajar MARA, kakitangan MARA dan subsidiari MARA. Perlantikan ini merupakan inisiatif MARA dalam menjamin, menjaga dan memelihara komuniti MARA disamping pembiayaan pendidikan dan pembangunan usahawan.

 

Skim Perlindungan Mutiara Plus

Skim Perlindungan Takaful Keluarga Berkelompok (Mutiara Plus) khusus untuk kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Subsidiari dan Tanggungan (pasangan & anak- anak). Penawaran skim ini adalah sebagai manfaat tambahan daripada skim perlindungan yang disediakan oleh MARA kepada kakitangan dan tanggungan sekiranya berlaku sebarang musibah penyakit kritikal, kehilangan upaya dan kehilangan nyawa dengan caruman yang paling minimum dan mampu milik.

KHIDMAT PELANGGAN

Berhubung dengan kami.

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan sedia membantu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

Kelebihan Kami:
Hanya 3 Langkah Mudah:
1

Pegawai kami akan menghubungi anda dengan segera.

2

Perbincangan untuk mengenal pasti keperluan dan solusi terbaik.

3

Bimbingan penuh untuk proses permohonan sehingga selesai.

Hubungi Pegawai Khidmat Kami